10 AMALAN PERISAI FITNAH DAJJAL AKHIR ZAMAN

10 AMALAN PERISAI FITNAH DAJJAL AKHIR ZAMAN

Berikut adalah 10 amalan yang kita boleh amalkan sebagai perisai diri daripada menjadi mangsa tipu daya dajjal dan fitnah dajjal akhir zaman ini.

1) Banyak berdoa– “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon agar dijauhkan daripada fitnah dajjal.”

2) Jangan sesekali meninggalkan solat fardu lima waktu kerana solat dapat menjauhkan segala kemaksiatan. Ia nampak remeh tetapi inilah selalunya yang diabaikan oleh masyarakat.

3) Banyakkan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran kerana ia benteng segala kemungkaran.

4) Berpegang teguh dengan al-Quran dalam kehidupan.

5) Jauhi perbuatan yang boleh menyebabkan hati mati seperti:

  • Membiasakan diri dengan dosa-dosa kecil hingga lupa untuk bertaubat
  • Menjadikan maksiat sebagai cara hidup
  • Bersahabat dengan golongan yang membenci Islam
  • Menjauhi para ulama
  • Bercakap perkara yang sia-sia
  • Terlalu cintakan dunia hingga melupakan akhirat.

6) Banyakkan berzikir tanpa mengira masa dan tempat.

10 AMALAN PERISAI FITNAH DAJJAL AKHRI ZAMAN

7) Banyak mengingati mati.

8) Jadikan masjid dan surau sebagai ‘rumah kedua’.

9) Hiasi malam dengan qiamullail.

10) Sebarkan manfaat kepada orang lain sama ada dengan ilmu, sedekah, pertolongan dan sebagainya.

Wallahuaklam.

Rujukan: Al-Ustaz 26:31 (10 AMALAN PERISAI FITNAH DAJJAL AKHIR ZAMAN).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *