Persediaan Untuk BERCINTA

Persediaan Untuk BERCINTA

Apa-apa sahaja yang kita ingin lakukan perukan persediaan. Orang bijaksana sering berkata victory loves preparation – kejayaan mencintai persediaan. Begitu juga untuk bercinta, ktta perlukan persediaan jiwa, mental, emosi dan material.

Persediaan Untuk BERCINTA

Jiwa mesti tenang, akal mesti matang dan emosi mesti seimbang. Persediaan untuk bercinta lebih kurang sama dengan persediaan menuju gerbang perkahwinan. Justeru. sering diperingatkan bahawa jangan bercinta jika tidak berniat untuk berkahwin.

Zaman remaja ialah tempoh untuk membuat persediaan. Raihlah ilmu sebanyak-banyaknya, carilah pengalaman sebaik-baiknya, belajar mengenal dan mengawal emosi serta bersedia untuk mencari sumber pendapatan yang stabil. Lakukan dengan tertib.  First thing first – dahulukan yang utama. Itulah disiplin namanya.

Hanya orang yang berdisiplin akan berjaya. Dalam bercinta juga perlu disiplin. Barulah cinta berjaya mencapai matlamatnya. Antara disiplin cinta yang penting ialah cintai diri sendiri sebelum cintakan orang lain. Dan untuk mencintai diri sendiri, seorang Muslim mesti mencintai Allah. Maka, disiplin cinta yang lengkap bolehlah diungkapkan begini: “Seseorang tidak boieh cintakan orang lain sebelum mencintai dirinya sendiri dan seseorang tidak boleh mencintai dirinya sendiri tanpa terlebih dahulu mencintai Allah!”.

Perlu ingat pesan Imam-Ghazali ini>>> TEKA-TEKI Daripada IMAM GHAZALI.

Sumber: Gen-Q 22 (Persediaan Untuk BERCINTA).

One thought on “Persediaan Untuk BERCINTA

  1. Pingback: JAHILIAH Fasa Baru

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *