PESILAT MELAYU MESTI FAHAM 5 PERKARA NI

PESILAT MELAYU MESTI FAHAM 5 PERKARA NI

Bagi pesilat melayu, bersilat dalam Islam akan dikira sebagai ibadah walaupun sedang penat bertarung, bergusti dan berpeluh sekiranya dipandu untuk melakukan perkara-perkara yang baik, betul dan bermanfaat dalam setiap keadaan.

pesilat melayu

Apakah 5 perkara penting itu?

.

1) KOMUNIKASI– Jadikan gelanggang bela diri itu sebahagian dari gelanggang ukhuwah sesama kita. Bina persahabatan bersama kenalan baharu, barulah dapat merasai keseronokan ‘bertempur’. Juga, secara tidak langsung pesilat melayu dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Peningkatan kemahiran berkomunikasi dari sudut pertuturan, bahasa tubuh dan cara berbual dengan pelbagai lapisan umur menjadikan kita cepat matang dan mudah ngam.

.

2) SOSIAL– Seronoknya apabila kita menyertai kelab-kelab bela diri, automatik kita akan bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa. Kerana seni bela diri merentasi bangsa dan agama. Maka ambil kesempatan untuk bergaul dan bersosial. Tunjukkan keluasan Islam yang sempurna melalui akhlak, batasan aurat dan etika Muslim ketika bersosial.

.

3) DISIPLIN PESILAT MELAYU

Antaranya disiplin dalam gelanggang dan juga di luar gelanggang. Ini kelebihan yang mungkin boleh diperolehi apabila pesilat melayu menyertai seni bela diri. Disiplin dalam gelanggang dengan mematuhi arahan jurulatih, undang-undang dan menghormati lawan kita. Manakala disiplin di luar gelanggang misalnya pengurusan masa yang efektif, tidak merokok, menjaga pemakanan dan sentiasa bersenam. Ingat, anda berlatih seni bela diri bukan sekadar nak ‘bertumbuk’ atau lepas geram, tetapi juga untuk melatih diri menjadi lebih berdisiplin.

.

4) SIHAT– Dalam berpeluh-peluh kita berlatih, pasti terdetik “Apalah gunanya aku bersusah payah untuk mempelajari semua ini”. Jika ya, abaikan semua itu. Matlamat berlatih seni bela diri banyak, salah satunya adalah untuk sihat. Tidak guna harta berkoyan-koyan, namun menderita kesakitan. Sebab, kekal sihat adalah salah satu perkara yang sangat ditekankan oleh Baginda s.a.w.

.

5) KEPIMPINAN– Percayalah, seni bela diri adalah medium latihan diri untuk membangunkan ciri-ciri kepimpinan kita. Masakan tidak, kita akan sentiasa dikelilingi dengan mereka yang kompetitif di sini, maka belajar daripada mereka. Belajar dengan tindakan kita memimpin diri untuk sentiasa berdisiplin menjaga pemakanan dan mengurus cara hidup yang sihat. Dan mungkin juga, memberi galakan dan pimpinan kepada pesilat-pesilat melayu untuk menghidupkan sunnah Nabi agar kekal sihat dan cergas. Bukankah telah sentiasa disebutkan: “Mukmin yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah berbanding Mukmin yang lemah.” (Riwayat Muslim)

Sumber: Gen-Q isu No.59.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *