Sahkah Solat Kanak-Kanak?

Sahkah Solat Kanak-Kanak?

1) Sahkah solat anak-anak yang belum baligh?

Sahkah Solat Kanak-Kanak

2) Jawapan- Sah solat anak-anak jika menepati syarat dan rukunnya.

3) Pahalanya diperolehi oleh ibu bapa atau penjaganya sebagai balasan Allah atas usaha mereka mendidik anak-anak ke arah itu (solat).

4) Kanak-kanak yang belum baligh belum dikira mukalaf.

5) Mereka belum dibebankan dengan hukum yang lima (wajib, sunat, haram, makruh, dan harus).

6) Oleh itu, pahala untuk mereka tidak ada walaupun berbuat kebajikan.

7) Cuma ibu bapa yang berjaya mendidik mereka sehingga jadi sebaik itu layak menerima pahala mendidik anak-anak agar bersolat.

Semoga apa yang dikongsikan dapat kita amal dan sampaikan, Insyaallah.

Wallahu’aklam.

Sumber: al-Hidayah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *