SILATURAHIM ADALAH IBADAH

SILATURAHIM ADALAH IBADAH

Teknologi seolah-olah menjadi penghalang hubungan antara manusia dengan manusia, sedangkan silaturahim adalah ibadah. Padahal fungsi penggunaan gajet ialah memudahkan perhubungan manusia. Namun kini, masalah ini sudah membarah sehingga turut mengganggu hubungan antara manusia dengan Allah.

SILATURAHIM ADALAH IBADAH

Hakikatnya ini semua merupakan ujian daripada Allah buat kita, sama ada berjaya atau tidak untuk mendepaninya.

Ingat, menyambung silaturahim dikira sebagai ibadah. Umat Islam yang mengeratkan silaturahim bukan hanya semata-mata kerana fitrah kekeluargaan dalam diri, tetapi kerana merupakan satu perintah daripada Allah.

Sesiapa yang menyambung silaturahim akan mendapat banyak kebaikan, antaranya:

1) Hubungannya dengan Allah lebih erat.
2) Diluaskan pintu rezeki dan dipanjangkan umur.
3) Tanda orang beriman.
4) Dimasukkan ke dalam syurga.

Sebaliknya sesiapa yang memutuskannya akan diancam dengan pelbagai keburukan, antaranya:

1) Dipercepatkan balasan amal jahatnya di dunia lagi.
2) Dilaknat oleh Allah.
3) Mereka dietakkan dalam golongan fasiq dan golongan manusia yang kerugian.

Oleh itu, jadikanlah amalan menyebarkan salam ini sebagai satu permulaan kita mengeratkan silaturahim sesama manusia sama  ada dikenali atau tidak. Seterusnya diperkemas lagi dengan senyuman ikhlas, bertanya khabar, berziarah dan sebagainya.

Semoga Allah menerima seluruh ibadah kita dan menjadikan kita tergolong dalam golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Wallahu a’lam.

Sumber: Gen-Q 36:11 (SILATURAHIM ADALAH IBADAH).

One thought on “SILATURAHIM ADALAH IBADAH

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *