Sopan-santun Amalan Mulia

Sopan-santun Amalan Mulia

Daripada Jarir bin Abdullah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda katanya, “Sesiapa yang tidak dikurniakan kesantunan bererti ia tidak dikurniakan apa-apa kebaikan.” -Riwayat:  Muslim.

Sopan-santun Amalan Mulia

Huraian Hadith:

1) Orang yang tidak memiliki kesantunan adalah orang yang rugi kerana Allah memberi ganjaran dan kurniaan yang besar kepada orang yang memilikinya.

2) Sifat lemah-lembut adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat tersebut adalah orang yang beruntung.

3) Umat Islam hendaklah berusaha memiliki sifat lemah-lembut supaya ia tidak menjadi orang yang rugi di masa hadapan.

Untuk kita amal dan sampaikan.

Sumber: JAKIM.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *