SUNAT MUAKKAD DAN SUNAT TIDAK MUAKKAD

SUNAT MUAKKAD DAN SUNAT TIDAK MUAKKAD

Ramai yang tidak jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan sunat muakkad dan suat tidak muaakad. Mari kita lihat perbezaannya di sini.

Sunat ialah ibadat yang digalakkan untuk kita lakukan namun tidak diwajibkan. Apabila seseorang Muslim melakukannya, maka dia mendapat pahala. Jika dia tidak melakukannya, maka dia tidak diseksa kerana meninggalkannya.

Sunat muakkad adalah amalan sunat yang Nabi lazimkan sepanjang hayat dan Baginda tidak pernah meninggalkannya. Adapun sunat yang tidak muakkad ialah amalan sunat yang Nabi lakukan tetapi kadang-kadang ditinggalkan. Solat sunat muakkad pahalanya lebih besar berbanding solat sunat yang tidak muakkad.

Contoh solat sunat muakkad ialah solat tahajud, tarawih dan witir.

Solat rawatib ialah solat sunat yang dilakukan beriringan dengan solat fardu. Solat-solat rawatib terbahagi kepada dua bahagian: Muakkad dan tidak muaakad.

sunat-muakkad

Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang melakukan solat sunat 12 rakaat dalam sehari semalam, maka Allah akan membina sebuah rumah untuknya di syurga.” (Riwayat Muslim).

Wallahuaklam.

Sumber: Al-Ustaz 26:13.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *