Tanamkan Rasa Cinta ke Perpustakaan

Tanamkan Rasa Cinta ke Perpustakaan

1. Perpustakaan sinonim sebagai sebuah tempat yang dipenuhi dengan deretan buku dan susunan majalah.

2. Di dalamnya terdapat beberapa orang perpustakawan yang terkenal dengan sikap ulat buku dan ia sentiasa dikunjungi oleh ‘kaki belajar’.

3. Tidak cukup dengan itu, papan tanda ‘sila senyap’ dan ikon ‘diam’ yang diletakkan di dinding-dinding perpustakaan menjadikan pelajar tidak senang dengannya.

Tanamkan Rasa Cinta ke Perpustakaan

4. Namun realitinya perpustakaan adalah tempat untuk membaca buku dan bukan tempat untuk melepak atau bersembang tentang perkara-perkara yang tidak berkenaan.

5. Ayuh, mari kita tanamkan rasa cinta ke perpustakaan melalui 4 cara berikut:

5.1. Langkahan pertama bermula dengan niat. Berniat untuk menjadi seorang yang berilmu dan sentiasa berusaha mencari ilmu dan pengetahuan.

5.2 Mulakan dengan membaca bahan bacaaan ringan seperti surat khabar dan majalah.

5.3 Apabila diri sudah terdidik dengan budaya membaca, bawa tugasan yang diamanahkan oleh cikgu ke perpustakaan. Mulakan mencari bahan-bahan bacaan yang  berkaitan dengan tugasan.

5.4 Kecintaan terhadap buku-buku sudah semakin teguh,luaskan lagi jenis bacaan pada buku pengetahuan am dan bidang lain. Moga-moga semua bidang ilmu dapat diketahui biarpun tidak menguasai sepenuhnya.

6. Semoga apa yang kita kongsikan di sini dapat memanfaatkan semua dan mampu melahirkan generasi yang bijak pandai untuk bekalan di dunia dan akhirat.

Wallahuaklam.

Rujukan: Gen-Q 09:46-47 (Tanamkan Rasa Cinta ke Perpustakaan).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *