TIGA PERKARA YANG DISUKAI ALLAH

TIGA PERKARA YANG DISUKAI ALLAH

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud RA katanya, “Aku bertanya kepada nabi SAW, apakah amalan yang paling Allah suka?” Jawab Nabi SAW, “Mengerjakan sembahyang dalam waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawabnya, berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” Jawabnya, “Jihad untuk menegakkan agama Allah”. -Riwayat Bukhari dan Muslim.

Huraian Hadith:

  1. Islam menghendaki umatnya supaya menyegerakan sembahyang apabila telah masuk waktunya, berbuat baik kepada ibubapa dan berjuang menegakkan agama Allah.
  2. Umat Islam diberi ingat supaya tidak mengabaikan tanggungjawab mereka kepada ibubapa kerana akibatnya adalah dosa yang amat besar.
  3. Kewajipan tulin terhadap Allah yang paling afdhal selepas dua kalimat syahadah ialah sembahyang, kewajipan terhadap manusia yang paling afdhal ialah berbakti kepada ibu bapa dan jenis pengorbanan  yang paling afdhal ialah jihad, kerana jihad ialah wasilah dan cara untuk memelihara hak Allah dan hak manusia.
  4. Disebut “بر الوالدين” berserta dengan sembahyang menunukkan ia sangat penting untuk menghargai jasa dan susah payah ibu bapa.

TIGA PERKARA YANG DISUKAI ALLAH

SUMBER: Kitab Riyadh As-Solihin

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *