Tips Mengeratkan Silaturahim

Tips Mengeratkan Silaturahim

Berikut adalah 3 tips bagaimana kita boleh mengeratkan silaturahim.

1) Sebarkan salam

“Kamu tidak masuk syurga sebelum beriman, kamu tidak beriman sebelum kamu berkasih sayang. Sukakah kamu aku tunjukkan sesuatu, apabila kamu menghayatinya nescaya kamu berkasih sayang: Sebarkan salam dalam kalangan kamu.” (Riwayat Muslim).

Tips Mengeratkan Silaturahim

2) Menjamu makan

Seorang lelaki bertanya Nabi: “Mana satu antara ciri Islam terbaik?”

Sabda Nabi: “Mengadakan jamuan makan dan mengucap salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak dikenali.” (Riwayat Muslim).

3) Menyambung hubungan yang terputus

“Tidak dikira orang menghubungkan silaturahim dengan bertukar pemberian, tetapi orang yang menghubungkan silaturahim ialah orang yang apabila hubungannya diputuskan, dan menghubunginya.” (Riwayat al-Bukhari).

Semoga apa yang kita kongsikan ini dapat kita amal dan sampaikan, In Shaa Allah.

Wallahu’aklam.

Rujukan: Solusi 71:31 (Tips Mengeratkan Silaturahim).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *