TIPU DAYA DAJJAL

TIPU DAYA DAJJAL

Kita sering mendengar bahawa salah satu fitnah akhir zaman adalah tipu daya dajjal.

Secara bahasa, dajjal berasal daripada perkataan dajala yang bermaksud ‘berbohong’, ‘menipu’ dan ‘menutupi’. Perkataan “dajjal” beerti orang yang memiliki kemahiran yang sangat tinggi dalam aktiviti pembohongan atau penipuan.

Imam al-Azhari (seorang pakar bahasa Arab) berkata: “Setiap pembohong besar diberi gelaran dajjal. Jamaknya dajalun. Sebab ia menutupi kebenaran dengan pendustaannya.”

Kita dapat menyimpulkan bahawa dajjal ialah gelaran yang diberikan kepada setiap orang yang sangat mahir berdusta dan menipu manusia untuk menjerumuskan mereka ke jurang kekafiran.  Kerana kemahirannya itu, dia berjaya menarik ramai pengikut yang mempercayai kata-kata dan ucapannya, lalu mematuhi semua perintahnya.

Rasulullah memberitakan bahawa dajjal bukan seorang, akan tetapi lebih daripada 30 orang. Semuanya mengaku sebagai nabi.  Mereka akan muncul berturut-turut pada akhir zaman sehingga ditutup oleh dajjal bermata satu.  Penutup para dajjal ini tidak hanya mengaku nabi, tetapi mengaku sebagai tuhan.

TIPU DAYA DAJJAL

Rasulullah bersabda: “Demi Allah, kiamat tidak akan terjadi sebelum keluar tiga puluh orang pendusta. Yang terakhir ialah dajjal yang bermata satu (a’war), terhapus mata kirinya seperti mata Abu Yahya (atau Abu Tahya, seseorang daripada kaum Ansar). Apabila keluar, ia akan mengaku sebagai tuhan.” (Riwayat Ibn Khuzaimah).

Wallahuaklam.

Rujukan: Al-Ustaz 26:22 (TIPU DAYA DAJJAL).

One thought on “TIPU DAYA DAJJAL

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *