URUTAN WALI NIKAH PEREMPUAN DALAM ISLAM

URUTAN WALI NIKAH PEREMPUAN DALAM ISLAM

Mengetahui urutan wali nikah perempuan dalam Islam adalah sangat penting. Sekiranya seorang gadis yang kematian ayahnya, siapakah yang berhak menjadi wali semasa nikahnya kelak? Adakah mengikut senarai urutan hierarki tertentu?

URUTAN WALI NIKAH PEREMPUAN DALAM ISLAM

Jawapannya adalah sekiranya seorang gadis yang kematian ayah, maka urutan wali nikah perempuan dalam Islam yang kematian ayahnya ialah datuknya.

Susunan atau urutan wali nikah perempuan dalam Islam

Wali-wali dalam pernikahan atau perkahwinan mestilah mengikut hierarki atau susunan seperti berikut:

  1. Bapa
  2. Ayah kepada bapa (datuk)
  3. Adik-beradik lelaki seibu sebapa
  4. Adik-beradik lelaki sebapa
  5. Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa)
  6. Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa)
  7. Bapa saudara seibu sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa)
  8. Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang sebapa)
  9. Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa)
  10. Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa)
  11. Jika semua wali di atas tidak ada maka yang menjadi wali ialah wali sultan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.” (Riwayat Abu Daud).

Bagi wali yang berada pada turutan yang ke-9 (juga yang ke-10), iaitu anak lelaki kepada bapa saudara, yang bapa saudara itu seibu sebapa dengan bapa perempuan (pengantin). Contohnya: Rohaya merupakan anak tunggal kepada pasangan Razali dan Halimah. Selepas kematian ayahnya, Rohaya tinggal bersama ibunya.  Rohaya tidak mempunyai bapa saudara sebelah ayahnya, kecuali seorang sahaja iaitu adik kandung ayahnya yang bernama Khaidir.

Khaidir mempunyai dua anak, Fuad dan Salwa. Fuad dan Salwa ialah sepupu Rohaya. Mereka juga senasib Rohaya kerana ayah mereka (Khaidir) sudah meninggal dunia. Apabila Rohaya hendak melangsungkan pernikahan kelak, Fuad ialah walinya kerana Fuad merupakan anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa dengan bapa ‘pengantin’ perempuan.

Semoga artikel ini dapat membantu kita untuk sama-sama lebih memahami urutan wali nikah perempuan menurut Islam.

Wallahuaklam.

Sumber: Q&A 30:44-45 (urutan wali nikah perempuan dalam islam).

One thought on “URUTAN WALI NIKAH PEREMPUAN DALAM ISLAM

  1. asalaammualaikum.

    Saya memohon sedikit penjelasan.

    Adakah sah perkahwinan sekiranya bakal isteri tidak mahu memaklumkan wali nasab tentang hajatnya untuk bernikah dan berkahwin di luar negara berwalikan wali hakim? Bakal isteri ialah seorang janda.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *