Siapakah Yang Boleh Menjadi Imam

Siapakah Yang Boleh Menjadi Imam

Soalan: Mohon bicara tentang golongan yang boleh dan tidak boleh menjadi imam.

Jawapan: Imam al-Suyuti menyebut dalam kitab al-Asybah wa al-Naza’ir beberapa permasalahan imamah (imam) dan kita nyatakan di sini golongan yang layak dan tidak berkelayakan menjadi imam.

Siapakah-Yang-Boleh-Menjadi-Imam

i) Golongan yang tidak boleh menjadi imam secara mutlak:

  1. Orang kafir.
  2. Orang gila.
  3. Makmum.
  4. Orang yang diragui pada keadaannya apakah dia imam.

ii) Golongan yang boleh menjadi imam sekiranya tidak diketahui keadaannya dan golongan ini, sekiranya jemaah mengikutnya tanpa mengetahui keadaan sebenar imam, maka solat mereka adalah sah:

  1. Orang yang berjunub.
  2. Orang yang berhadas kecil.
  3. Orang yang mempunyai najis yang tidak dimaafkan.

Semoaga apa yang dicatatkan di atas dapat kita jadikan panduan dan sampaikan.

Wallahuaklam.

Rujukan: Ustaz Fauwaz Fadzil @Solusi#61:77 (Siapakah Yang Boleh Menjadi Imam).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *